Wednesday, 23 March 2016

Dahulunya suram...Kini ceria...Berwajah baru dan bermaklumat...

Kantin sekolah merupakan antara tempat yang perlu diwujudkan suasana persekitaran yang bersih, indah dan bermaklumat.  Kantin sekolah SK Gemas yang dulunya malap dan muram telah berubah wajah.   Kini kantin sekolah SK Gemas ceria berwarna warni dipenuhi maklumat yang pelbagai antaranya sudut pembelajaran dengan meja yang bermaklumat, Sudut Warisan Bonda, Sudut Kesihatan dan BMI, Sudut Piramid Makanan, Sudut Anjung Sihat, Pokok Khasiat Makanan, Sudut Makanan Tidak Berkhasiat, Sudut Akhbar , tayangan TV, Laluan Ceria, Laman Sihat, Taman Herba, dan Sudut Kompos.

Lihatlah kantin sekolah SK Gemas yang indah dipandang... Bukan hanya setakat cantik mata memandang tetapi juga ceria bermaklumat.......

DR. MUDA



Laman Info Sihat



SUDUT KOMPOS


Sudut ini menjadi tempat pengumpulan bahan organik seperti sisa makanan dan secara tidak langsung merupakan sudut kitar semula sisa organik menjadi tanah baru untuk menanam bunga, landskap dan banyak lagi.








PETI CADANGAN

Peti cadangan disediakan untuk sebarang pandangan, komen dan aduan untuk penambahbaikan SKG D'Cafe.  Murid-murid, guru dan ibu bapa dialu-alukan untuk mengisi peti cadangan ini dari masa ke semasa.

SUDUT BARANG HILANG

Istimewanya di SKG D'Cafe terdapat sudut barang hilang.  Jadi sesiapa yang kehilangan barang boleh cari di sini. Macam-macam ada.

SUDUT MAKANAN TIDAK SIHAT

Sudut ini memberi maklumat khususnya kepada murid tentang makanan yang tidak berkhasiat dan perlu dielak dalam pengambilan makanan seharian.

PIRAMID MAKANAN,POKOK KHASIAT MAKANAN & PdP

Replika piramid makanan dan pokok khasiat makanan meransang minat untuk murid-murid mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara pengambilan makanan yang sihat.  Secara tidak langsung, Pdp juga boleh dilaksanakan di SKG D'Cafe kerana terdapat pelbagai maklumat yang boleh digunakan untuk sesi Pdp antaranya dalam subjek Sains, PJK, Bahasa Melayu dan lain-lain.


 PIRAMID MAKANAN






 POKOK KHASIAT MAKANAN







SUDUT TV SKG D'Cafe

Sudut ini memberikan peluang kepada ibu bapa untuk menonton TV sementara menunggu anak-anak tamat sesi persekolahan.  Memandangkan sekolah ini mempunyai kawasan yang agak terhad, sudut ini secara tidak langsung dapat memainkan peranan dalam proses penyampaian maklumat dan pembelajaran kepada murid-murid.  Di sudut ini juga turut ditayangkan video pemakanan sihat sebagai pengisian di samping info lain yang bermaklumat.


SUDUT ANJUNG SIHAT

Pelbagai maklumat ada di sini, antaranya info kesihatan, aktiviti berkaitan kantin dan juga carta pengurusan SKG D'Cafe


SUDUT WARISAN BONDA

Menariknya di Sudut Warisan Bonda ini kita dapat mengimbas semula peralatan lama untuk aktiviti memasak dan penyediaan makanan yang pernah digunakan pada satu ketika dahulu. 



SUDUT INFO SIHAT

Jom kalau nak tau info kesihatan. Sudut ini menyediakan pelbagai bahan bacaan untuk mengetahui info kesihatan.

SUDUT BMI....Jom timbang bersama Kelab Doktor Muda anda...

Sudut BMI di SKG D'Cafe dikendalikan oleh adik-adik daripada Kelab Doktor Muda.








Apa itu BMI?
BMI adalah singkatan kepada Body Mass Index atau dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai indeks jisim tubuh.

BMI adalah ukuran objektif yang digunakan untuk mengklasifikasikan seeorang itu sama ada obese atau tidak.


Apa pentingnya mengetahui obese atau tidak?
Obesity akan mempengaruhi risiko seeorang itu untuk mendapat penyakit. Obesiti ialah simpanan lemak berlebihan berbanding jisim tubuh teras (lean body mass). Simpanan lemak berlebihan boleh menyebabkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi meningkat.
Bagaimana mengira BMI?
Formula BMI ialah berat dalam kilogram (kg) dibahagikan dengan kuasa dua tinggi dalam unit meter.
Idealkah berat anda?  Jom kira......
Di sini semua warga sekolah, iaitu murid-murid, guru-guru, kakitangan, ibu bapa dan juga komuniti luar serta pelawat boleh mengukur Indeks Jisim Badan (BMI).


LAMAN SIHAT SKG D'CAFE

SKG D'Cafe menyediakan suasana kantin dalam taman. Bukan kantin biasa-biasa sahaja tetapi ada Laman Sihat yang segar mata melihat, sudut taman herba, kerusi yang santai untuk berehat, laluan ceria dan pelbagai tanaman hiasan yang hijau. 

Inilah hasilnya SKG D' Cafe atas hasil penat lelah dan kerjasama semua pihak.  SKG D'Cafe yang ceria, bersih, sihat, bermaklumat dan selamat seronok dikunjungi oleh semua orang.


LAMAN SIHAT CERIA

LAWATI LAMAN BLOG
www.kantinskgemas.blogspot.my


TAMAN HERBA



LALUAN CERIA



KAUNTER MEMBELI MAKANAN


KANTIN CERIA



Monday, 21 March 2016

Persediaan sebelum Hari Pertandingan Kantin Bersih Sihat Selamat

Kunjung bantu dan nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah Tampin dan Pejabat Pendidikan Daerah amat membantu untuk melancarkan perjalanan program pertandingan ini.

KUNJUNG BANTU PEJABAT KESIHATAN TAMPIN





KUNJUNG BANTU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD TAMPIN)





Wednesday, 16 March 2016

Gotong-royong Pertandingan Kantin Bersih Sihat Selamat

Melalui program ini memberi peluang kepada semua pihak, iaitu guru-guru, ibu bapa dan komuniti bekerjasama untuk menjadikan kantin bukan sekadar tempat kita menjamu selera dalam suasana yang ceria,bersih,sihat dan selamat, tetapi juga dapat memberikan kita maklumat yang pelbagai dan berguna.

Secara tidak langsung kita telah memainkan peranan memupuk minat membaca di kalangan sesiapa sahaja yang berada di kantin ini, bukan setakat kepada murid-murid sekolah ini sahaja bahkan ibu bapa juga.  Di samping ibu bapa menunggu anak masing-masing tamat sesi persekolahan pada hari tersebut atau mereka menghantar makanan di kantin waktu tengahari, mereka juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat yang disalurkan di kantin dalam pelbagai bentuk. Kawasan sekolah yang terhad menjadikan kantin sekolah tempat pelbagai fungsi bagi ibu bapa yang menunggu anak-anak mereka.  



Gigih bergotong-royong dalam  suasana yang meriah....
Terima kasih pada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan
Pertandingan Kantin Bersih Sihat Selamat.......

Kerjasama dan usaha murni semua pihak menjadikan SKG D'Cafe ceria dan selesa untuk dikunjungi...

MEJA BERMAKLUMAT
Program ini menjadikan sekolah kita mengamalkan konsep pembelajaran di mana-mana sahaja sudut dan ruang yang ada di sekolah.

Harapan pihak sekolah agar setiap usaha murni setiap guru bersama panitia dan murid-murid dalam menceriakan suasana kantin dengan pelbagai sumber maklumat dan bahan dihargai dan dijaga baik bersama.  Kantin yang ceria, bersih, sihat dan selamat adalah manfaat untuk semua warga sekolah dan komuniti. Kantin juga merupakan antara aset yang menjadi tumpuan dan penanda aras bagi pihak luar dalam menilai sesebuah sekolah.

Kini kantin SK Gemas menuju sebuah kantin yang penuh dengan keceriaan, bermaklumat dan semestinya bersih, sihat dan selamat.  Kantin telah banyak berubah dari segi warna dan hiasan. Setiap panitia juga telah berusaha menambahceriakan suasana kantin dengan "Meja Bermaklumat".  Melalui program ini, setiap meja kantin diagihkan kepada panitia-panitia untuk dihias dan diisi maklumat berkaitan panitia atau mata pelajaran masing-masing.










PROSES MEMBUAT SIMEN FERO LAMAN SIHAT SKG D'CAFE

Latihan dalam perkhidmatan (LDP) telah diadakan untuk membuat simen fero sekaligus untuk menyiapkan simen fero Laman Sihat SKG D'Cafe.  Pihak sekolah berbesar hati menerima sumbangan bahan simen fero daripada Kolej Komuniti Tampin.





PROSES MENYIAPKAN LAMAN SIHAT





TAMAN HERBA

Ibu bapa juga tidak ketinggalan menyumbang tenaga dan bahan untuk menyiapkan projek Taman Herba di Laman Sihat.