Blog SKG D'Cafe
CERIA, SELAMAT, SELESA & BERMAKLUMAT
Tuesday, 17 May 2016
Wednesday, 23 March 2016
Dahulunya suram...Kini ceria...Berwajah baru dan bermaklumat...
Kantin sekolah merupakan antara tempat yang perlu diwujudkan suasana persekitaran yang bersih, indah dan bermaklumat. Kantin sekolah SK Gemas yang dulunya malap dan muram telah berubah wajah. Kini kantin sekolah SK Gemas ceria berwarna warni dipenuhi maklumat yang pelbagai antaranya sudut pembelajaran dengan meja yang bermaklumat, Sudut Warisan Bonda, Sudut Kesihatan dan BMI, Sudut Piramid Makanan, Sudut Anjung Sihat, Pokok Khasiat Makanan, Sudut Makanan Tidak Berkhasiat, Sudut Akhbar , tayangan TV, Laluan Ceria, Laman Sihat, Taman Herba, dan Sudut Kompos.
![]() |
Lihatlah kantin sekolah SK Gemas yang indah dipandang... Bukan hanya setakat cantik mata memandang tetapi juga ceria bermaklumat....... |
SUDUT KOMPOS
Sudut ini menjadi tempat pengumpulan bahan organik seperti sisa makanan dan secara tidak langsung merupakan sudut kitar semula sisa organik menjadi tanah baru untuk menanam bunga, landskap dan banyak lagi.
PETI CADANGAN
Peti cadangan disediakan untuk sebarang pandangan, komen dan aduan untuk penambahbaikan SKG D'Cafe. Murid-murid, guru dan ibu bapa dialu-alukan untuk mengisi peti cadangan ini dari masa ke semasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)